Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian VII · Peruntukan Am
48. Peraturan-peraturan
Feedback & support(1)
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan—
(a)
pendaftaran majikan bagi maksud Akta ini;
(b)
perkara-perkara yang berhubungan dengan penguatkuasaan;
(c)
pengenaan dan pemungutan levi;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 37
(d)
kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara untuk mengkompaunkan kesalahan itu; atau
(e)
apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.