Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VIII · Pemakaian Akta Lain
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VIII · Pemakaian Akta Lain
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun peruntukan Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]
Perbadanan boleh—
menyediakan apa-apa kemudahan kredit mengikut konsep perbankan Islam;
menerima deposit (selain atas akaun semasa atau akaun simpanan) daripada mana-mana orang mengikut konsep perbankan Islam; dan
menjalankan apa-apa aktiviti lain yang diluluskan oleh
Menteri.
Peruntukan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] tidak terpakai bagi Perbadanan.
68 Undang-Undang Malaysia
Seksyen 132G Akta Syarikat 1965 tidak terpakai bagi sesuatu pemerolehan atau pelupusan oleh Perbadanan di bawah Bahagian V atau bagi apa-apa pemindahan yang disebut dalam seksyen 59.