Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

Act of Parliament

Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998

Special rules to buy, manage and sell assets and debts

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Danaharta

Nasional Berhad 1998.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(3)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di bahagian yang berlainan di Malaysia.

s 1Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aset” termasuklah apa-apa kemudahan kredit, harta dan perniagaan atau perusahaan dalam apa-apa bentuk;

“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];

“bank saudagar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

“buku” termasuklah daftar, dokumen, akaun atau rekod perakaunan, tidak kira bagaimana sekalipun disusun, direkodkan atau disimpan, dan apa-apa rekod maklumat yang lain;

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 9

“cagaran” termasuklah gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, debentur, bil pertukaran, nota janji hutang, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, hipotekasi, tanggung rugi, aku janji atau cara-cara lain untuk menjamin pembayaran atau penunaian hutang atau tanggungan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen;

“depositori pusat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453];

“ejen depositori diberi kuasa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)

1991;

“harta” ertinya mana-mana harta alih atau tak alih dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta alih atau harta tak alih;

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, stok pinjaman, hak memohon beli yang boleh dipindahkan atau waran;

(d)

apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas, nota pembawa, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga;

(e)

apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara-cara lain untuk menjamin pembayaran atau penunaian sesuatu hutang atau tanggungan, sama ada

10 Undang-Undang Malaysia pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen; dan

(f)

apa-apa harta ketara atau tidak ketara yang lain;

“institusi berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

“kemudahan kredit” ertinya—

(a)

pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama disebut yang menurutnya orang yang diberi pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain itu mempunyai akses, secara langsung atau secara tidak langsung, pada wang orang yang memberinya dan hendaklah termasuk tanpa had, apa-apa perkiraan jualan dan belian balik, perjanjian sewa beli, perkiraan pajakan, perkiraan usaha sama, perdagangan hutang, jaminan, jualan bayaran tertangguh, perkiraan kewangan lain yang dibuat mengikut konsep perbankan Islam dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama;

(b)

pemberian suatu jaminan berhubungan dengan kewajipan mana-mana orang; atau

(c)

apa-apa urusan atau urus niaga lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara di bawah seksyen 2 Akta

Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

“kepentingan berdaftar” ertinya apa-apa hak atau kepentingan mengenai—

(a)

suatu gadaian yang baginya subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965 [Akta 125] terpakai dan yang didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965;

atau

(b)

tanah yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta

Hakmilik Strata 1985, Kanun Tanah Negara, Ordinan

Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak;

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 11

“kepentingan mengenai tanah” ertinya—

(a)

apa-apa kepentingan mengenai tanah, sama ada berdaftar atau boleh didaftarkan, termasuk kepentingan yang baginya Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] terpakai dan yang boleh dipindahmilikkan di bawah Bahagian

Empat Belas Kanun Tanah Negara [Akta 56/65] atau

Bahagian V

Bahagian V Ordinan Tanah Sabah atau

Bahagian VI

Bahagian VI Kanun Tanah Sarawak;

Bahagian II

Perbadanan

Bahagian III

Pemerolehan Modal Syer Perbadanan Oleh Menteri Kewangan

Bahagian IV

Jaminan Oleh Kerajaan

Bahagian V

Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan

Bahagian VI

Pengurusan Aset dan Tanggungan

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules