Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian IX · Pemakaian Akta
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian IX · Pemakaian Akta
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Menteri Kewangan memegang lima puluh peratus atau kurang daripada modal syer terbitan Perbadanan, Menteri boleh, pada dan dari tarikh yang dinyatakan, melalui notis dalam Warta, mengarahkan bahawa semua atau mana-mana peruntukan Akta ini yang dinyatakan dalam notis itu tidak lagi terpakai bagi Perbadanan dari tarikh itu dan mana-mana arahan sedemikian boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan yang difikirkan patut oleh Menteri.
Apa-apa arahan di bawah subseksyen (1) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri, melalui notis dalam Warta, jika Menteri berpuas hati bahawa hal keadaan yang membawa kepada pemberian arahan itu tidak lagi wujud.