Skip to content

Seksyen 67

Kesalahan yang berhubungan dengan dokumen dan rekod

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 66 of 67
Seksyen 67

(1)

Seseorang tidak boleh dengan niat hendak memperdaya—

(a)

menggunakan apa-apa kebenaran, perakuan, lesen atau kelulusan yang telah dipalsukan, diubah, dibatalkan atau digantung, atau yang dia tidak berhak kepadanya;

(b)

meminjamkan apa-apa kebenaran, perakuan, lesen atau kelulusan yang dikeluarkan di bawah

Peraturan-Peraturan ini kepada, atau membenarkan kebenaran, perakuan, lesen atau kelulusan itu digunakan oleh, mana-mana orang lain; atau

(c)

membuat apa-apa representasi palsu bagi maksud mendapatkan bagi dirinya atau mana-mana orang lain apa-apa kebenaran, perakuan atau lesen di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Bagi maksud peraturan ini, sebutan tentang kebenaran, perakuan atau lesen termasuklah suatu salinan atau sesuatu yang berupa salinan kebenaran, perakuan atau lesen itu.