Skip to content

Seksyen 68

Penalti

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 67 of 67
Seksyen 68
(1)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian A Jadual melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

jika orang itu seorang individu, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau

P.U. (A) 98 50

(b)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lapan puluh ribu ringgit.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian B Jadual melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(c)

jika orang itu seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

(d)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit.