Seksyen 14
Pembatalan, kecualian dan peralihan
of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Pendaftaran dan Pelesenan Kapal) 2026
(1)
Kaedah-Kaedah Bot 1953 [L.N. 312/1953] dibatalkan (“Kaedah-Kaedah yang dibatalkan”).
(2)
Mana-mana lesen yang diperbaharui dan dikeluarkan di bawah
Kaedah-Kaedah yang dibatalkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini, disifatkan telah diperbaharui dan dikeluarkan di bawah
P.U. (A) 334 9
Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus sah sehingga dibatalkan atau tamat tempoh.
(3)
Mana-mana permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah
Kaedah-Kaedah yang dibatalkan yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini, terus diuruskan mengikut Kaedah-Kaedah yang dibatalkan seolah-olah
Kaedah-Kaedah yang dibatalkan itu tidak dibatalkan oleh
Peraturan-Peraturan ini.