Politeknik Ungku Omar Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006
11. Anggaran Tahunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengetua hendaklah membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan Politeknik termasuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan yang berikutnya mengikut apa-apa butir atau bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga.
Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap
Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu hendak dibentangkan.
Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan itu dan hendaklah mengizinkannya sama ada tanpa perubahan atau tertakluk kepada apa-apa perubahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Politeknik Ungku Omar 11
Anggaran itu sebagaimana yang diizinkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri dan Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam tempoh satu bulan selepas anggaran itu diterima, tidak membenarkan anggaran itu, atau mana-mana bahagian daripadanya, dan mengembalikannya untuk dipinda.
Jika anggaran itu dikembalikan sedemikian oleh Menteri,
Lembaga hendaklah bertindak segera untuk meminda anggaran itu dan hendaklah mengemukakan semula anggaran yang dipinda sedemikian itu kepada Menteri.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa dalam tahun yang baginya anggaran itu telah diizinkan, mengarahkan supaya anggaran tambahan disediakan dan dikemukakan kepadanya.
Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah ditimbang dan diizinkan oleh Lembaga dan hendaklah dikemukakan kepada Menteri, dan, jika perlu, dipinda dan dikemukakan semula seolah-olah anggaran itu adalah suatu anggaran yang asal.
Lembaga tidak boleh melakukan perbelanjaan melainkan dengan mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh Menteri.