Politeknik Ungku Omar Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006
16. Pelantikan, kuasa dan kewajipan Pengetua
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang Pengetua Politeknik yang dilantik oleh Lembaga hendaklah ada dengan persetujuan Menteri, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
Pengetua hendaklah menjadi ahli ex-officio bagi Lembaga dan juga menjadi Pengerusi bagi Lembaga Pengajian.
Pengetua hendaklah menjadi ketua pegawai pentadbir dan akademik Politeknik dan hendaklah bertanggungjawab kepada
Lembaga—
bagi pentadbiran Politeknik yang sempurna mengikut dasar
Lembaga;
bagi pengurusan akademik Politeknik mengikut dasar
Lembaga;
bagi penguatkuasaan yang sempurna akan peraturan-peraturan dan undang-undang kecil;
bagi kebajikan dan tatatertib kakitangan akademik dan bukan akademik dan juga penuntut Politeknik, dan bagi maksud itu Pengetua, hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mempunyai segala kuasa yang perlu atau suai manfaat.
Politeknik Ungku Omar 13