Politeknik Ungku Omar Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga boleh membuat apa-apa kontrak yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Lembaga boleh memperoleh dan memegang apa-apa harta alih atau harta tak alih yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini, dan bagi maksud yang sama boleh menjual, memajak, menggadaijanjikan, atau dengan cara lain melupuskan apa-apa harta yang diperoleh sedemikian.