Population and Family Development Act 1966 · Updated to 8 Jan 2013 · Bahagian III · Kumpulan Wang, Akaun dan Perbelanjaan Lembaga
9. Akaun
Feedback & supportLembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun dan rekod lain yang sepatutnya berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.
Akaun Lembaga hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua
Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.
Penduduk dan Pembangunan Keluarga 21
Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun Lembaga telah diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun dihantar kepada Menteri berserta dengan suatu salinan mengenai apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua
Audit Negara atau juruaudit lain mengenai apa-apa penyata atau ke atas akaun Lembaga.
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di setiap Majlis Parlimen.