Population and Family Development Act 1966 · Updated to 8 Jan 2013 · Bahagian III · Kumpulan Wang, Akaun dan Perbelanjaan Lembaga
8. Kumpulan Wang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara” yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
wang yang dipinjam oleh Lembaga dengan kelulusan
Menteri dan Menteri Kewangan;
wang yang diterima oleh Lembaga sebagai endowmen, pemberian, derma, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah Lembaga;
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 352
wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
wang yang diperoleh daripada perundingan, penasihat, atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga dan termasuk wang yang diperoleh daripada jualan penerbitan Lembaga; dan
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Perbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada wang Lembaga mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 9B.
Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang