Population and Family Development Act 1966 · Updated to 8 Jan 2013 · Bahagian III · Kumpulan Wang, Akaun dan Perbelanjaan Lembaga
9B. Anggaran tahunan
Feedback & supportSebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan mengenai apa-apa butir yang dikehendaki oleh Menteri; dan
Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan November pada tahun itu memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara am atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu yang dimasukkan dalamnya.