Seksyen 10
of Akta Pencegahan Jenayah 1959
Seksyen 10
Jika Pegawai Siasatan berpuas hati bahawa tiada alasan-alasan yang mencukupi bagi mempercayai bahawa orang yang menjadi hal-perkara siasatan ialah seorang anggota mana-mana kategori boleh didaftarkan, dia hendaklah dengan serta-merta mengarah mana-mana orang yang mempunyai jagaan orang tersebut, dalam masa dua puluh empat jam daripada penerimaan arahan itu, mengemukakan orang itu di hadapan seorang Majistret, yang hendaklah sesudah itu melepaskan perintah tahanan yang dibuat di bawah seksyen 4 atau 5 dan, jika tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, hendaklah memerintahkan pelepasannya dengan serta-merta.
(2)
Jika Pegawai Siasatan berpuas hati bahawa ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang yang menjadi hal-perkara siasatan ialah seorang anggota mana-mana kategori boleh didaftarkan, dia hendaklah melaporkan alasan-alasan bersama dengan dapatannya, kepada Menteri, dan hendaklah memajukan suatu salinan dapatannya kepada pegawai yang menjaga orang itu, dan pegawai tersebut hendaklah dengan serta-merta menyampaikan suatu salinan dapatan Pegawai Siasatan kepada orang itu.