Seksyen 20
of Akta Pencegahan Jenayah 1959
Seksyen 20
Jika seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ada alasan-alasan yang menwajarkan siasatan diadakan mengenai kes manamana orang di bawah Akta ini dia atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat rendah daripadanya dan bertindak di bawah perintahnya boleh menyiasat mengenai fakta dan hal keadaan kes itu setakat mana ianya adalah relevan kepada mana-mana prosiding berkenaan dengan orang itu di bawah Akta ini.
(2)
Pada membuat apa-apa penyiasatan di bawah subseksyen (1) seorang pegawai polis boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubungan dengan penyiasatan polis dalam manamana kes boleh tangkap yang telah diberikan kepadanya oleh undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur jenayah.