Skip to content

Seksyen 3

of Akta Pencegahan Jenayah 1959

ActIn forceProvision 3 of 24

Seksyen 3

(1)

Seorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab mempercayai bahawa ada alasan-alasan yang mewajarkan siasatan diadakan mengenai kes orang tersebut di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1), melainkan terlebih dahulu dilepaskan, hendaklah dibawa tanpa kelengahan yang tak munasabah, dan dalam mana-mana hal dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasuk masa bagi perjalanan yang perlu) di hadapan seorang Majistret.