Seksyen 13
of Akta Pencegahan Jenayah 1959
Seksyen 13
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor boleh melalui perintah bertulis mengarahkan supaya hadir di hadapannya pada masa dan tempat sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu manamana orang yang namanya dikehendaki dimasukkan ke dalam Daftar, bagi maksud—
(a)
mengambil cap jari dan gambarfoto orang itu;
(b)
mendapat apa-apa butir lain berhubungan dengan orang itu sebagaimana ditetapkan atau sebagaimana perlu bagi melaksanakan pendaftaran sedemikian.
(2)
Jika mana-mana orang tidak hadir sebagaimana diarahkan, seorang pegawai polis boleh melaporkan hal ketakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah sesudah itu mengeluarkan suatu waran untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki.