Seksyen 2
of Akta Pencegahan Jenayah 1959
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran. menghendaki makna lain—
"daerah, mukim, bandar atau kampung" ertinya tanah termasuk dalam mana-mana daerah, mukim, bandar atau kampung di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan tanah;
"Daftar" ertinya daftar yang disimpan oleh Pendaftar di bawah seksyen 12;
"kategori boleh didaftarkan" ertinya mana-mana kategori yang ditetapkan dalam Jadual Pertama;
"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Tafsiran 1967 dan meliputi Wilayah Persekutuan.
"orang berdaftar" ertinya seseorang yang namanya dimasukkan ke dalam Daftar;
6
"Pegawai Siasatan" ertinya seseorang pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 8;
"Pendaftar" ertinya Pendaftar Penjenayah yang dilantik di bawah seksven 3 Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang yang Tak Diingini 1969;
(2)
Sebutan mengenai pengawasan polis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai obligasi yang dikenakan ke atas orang-orang yang tertakluk kepada pengawasan polis di bawah seksyen 296 Kanun Prosedur Jenayah.