Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Penjara 1995

ActIn forceProvision 2 of 52
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“banduan” ertinya seseorang, sama ada disabitkan atau tidak, yang dikurung dalam sesuatu penjara dan berhubung dengan banduan yang disabitkan, termasuklah banduan yang dilepaskan secara parol;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

“banduan muda” ertinya seseorang banduan yang di bawah umur dua puluh satu tahun;

“diet terhad yang ditetapkan” ertinya sesuatu skala diet sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagi maksud seksyen 50;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini dan jika kuasa tidak ditetapkan, oleh Menteri;

“doktor pergigian berdaftar” ertinya seseorang doktor pergigian yang didaftarkan di bawah Akta Pergigian 1971 [Akta 51];

“Hakim Pelawat” ertinya seseorang anggota Lembaga Hakim

Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 64;

“hospital psikiatri” ertinya hospital psikiatri yang diluluskan yang ditubuhkan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615];

“hukuman pemenjaraan” ertinya sesuatu hukuman sama ada dijalani dalam pengurungan dalam sesuatu penjara atau dijalani secara parol, dan termasuklah sesuatu hukuman asal yang dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah serta sesuatu hukuman yang diberi secara peringanan;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Kumpulan Wang Hadiah

Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah seksyen 62;

“kesalahan kecil penjara” dan “kesalahan besar penjara” ertinya sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang banduan terhadap tatatertib penjara dan yang dinyatakan sedemikian dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

*“Komisioner” ertinya Komisioner Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(2);

*CATATAN—Semua sebutan mengenai Ketua Pengarah Penjara dan Timbalan Ketua Pengarah Penjara dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam mana-mana surat cara, surat ikatan, hak milik, dokumen, bon, perjanjian dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta Penjara (Pindaan) 2008 [Akta A1332], hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta A1332, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Komisioner Jeneral Penjara dan Komisioner Penjara masing-masing–lihat seksyen 4 Akta A1332 dan P.U. (B) 260/2008.

Penjara 11

*“Komisioner Jeneral” ertinya Komisioner Jeneral Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(1);

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Hadiah Pegawai

Penjara yang ditubuhkan di bawah seksyen 60;

“mahkamah” ertinya sesuatu mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah termasuk—

(a)

Mahkamah Syariah;

(b)

Mahkamah Anak Negeri; dan

(c)

Mahkamah Tentera;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penjara;

“pegawai penjara” ertinya seseorang kakitangan berpakaian seragam jabatan penjara daripada dan termasuklah pangkat

Komisioner Jeneral Penjara ke bawah sehingga dan termasuklah seseorang Wadar;

“Pegawai Perubatan” dan “Pegawai Pergigian” ertinya Pegawai

Perubatan atau Pegawai Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen 14;

“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];

“Pegawai Rendah Penjara” ertinya seseorang pegawai penjara daripada apa-apa pangkat dan termasuklah seseorang Sub Inspektor

Penjara ke bawah sehingga dan termasuklah seseorang Wadar;

*CATATAN—Semua sebutan mengenai Ketua Pengarah Penjara dan Timbalan Ketua Pengarah Penjara dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam mana-mana surat cara, surat ikatan, hak milik, dokumen, bon, perjanjian dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta Penjara (Pindaan) 2008 [Akta A1332], hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta A1332, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Komisioner Jeneral Penjara dan Komisioner Penjara masing-masing–lihat seksyen 4 Akta A1332 dan P.U. (B) 260/2008.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

“Pegawai yang Menjaga” ertinya seseorang pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Komisioner Penjara yang menjaga sesuatu penjara;

“Pendaftar” termasuklah Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar,

Penolong Kanan Pendaftar, Penolong Pendaftar, dan Pendaftar

Mahkamah Rendah, mengikut kehendak keadaan;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan sementara di bawah seksyen 12 atau yang didaftarkan penuh di bawah seksyen 14 Akta Perubatan 1971

[Akta 50], mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Pengarah Penjara Negeri” ertinya seseorang pegawai penjara di Negeri yang berkenaan yang berpangkat tidak rendah daripada

Penolong Komisioner Penjara;

“penjara” ertinya mana-mana rumah, bangunan, kepungan atau tempat, atau mana-mana bahagiannya, yang diisytiharkan sebagai sesuatu penjara di bawah seksyen 3 dan hendaklah termasuk tanah dan bangunan di sekitar kepungan penjara dan juga tanah lapang dan tanah lain atau bangunan yang dipunyai atau yang bercantum dengannya dan digunakan oleh banduan;

“Perintah Tetap Komisioner Jeneral” ertinya Perintah Tetap yang dikeluarkan oleh Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa;

“pihak berkuasa kompeten” ertinya mana-mana orang atau pihak berkuasa yang diletakhakkan dengan kuasa untuk mengkomitkan seseorang ke penjara di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“senjata” ertinya apa-apa cota, senjata api, amunisi, dan termasuklah apa-apa alat yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral;

“senjata api” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah

Akta Senjata Api 1960 [Akta 206];

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan;

Penjara 13

“tempat kerja” ertinya sesuatu tempat di mana banduan dikehendaki oleh Komisioner Jeneral untuk bekerja bagi maksud pemulihan banduan, yang kerja itu dilaksanakan di bawah pengawasan pegawai penjara;

“Timbalan

Komisioner

Jeneral

Penjara”

ertinya

Timbalan

Komisioner Jeneral Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(2).

(2)

Bagi maksud tafsiran “banduan muda” dalam subseksyen (1), ia hendaklah termasuk seseorang banduan yang—

(a)

bukan seorang banduan muda sebagaimana yang ditafsirkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan oleh Akta ini;

(b)

di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

(c)

sedang menjalani suatu tempoh pemenjaraan yang dijatuhkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.