Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian V · Pekerjaan dan Tatatertib Penjara
47. Kesan hukuman pemenjaraan
Feedback & supportSeseorang banduan yang dijatuhkan atau yang akan dijatuhkan sesuatu hukuman pemenjaraan semasa tempoh hukumannya itu adalah tertakluk—
untuk dipenjarakan, bergantung kepada dia dilepaskan secara parol; dan
untuk menjalankan apa-apa kerja sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai yang Menjaga dan, setakat yang praktik, kerja itu hendaklah dijalankan—
secara berkumpulan;
di luar sel;
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 537
di luar batasan penjara sebagaimana yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral.
Pegawai Perubatan boleh memperakui seseorang banduan sebagai—
tidak sihat dan mengesyorkan supaya banduan itu dikecualikan daripada kerja; atau
sihat hanya untuk melaksanakan kerja ringan.
Seseorang banduan di bawah subseksyen (2) hendaklah hanya dikehendaki menjalankan apa-apa kerja yang ditetapkan sebagai kerja ringan.