Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian VIII
63. Pegawai penjara tertakluk pada peraturan-peraturan tatatertib
Feedback & supportSemua pegawai penjara hendaklah tertakluk pada peraturan-peraturan yang berhubungan dengan tatatertib yang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah
Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.
Bagi maksud seksyen ini, mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa hendaklah hanya berkuat kuasa dan berkesan setakat yang peraturan-peraturan itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan yang disebut di bawah subseksyen (1).
Hakim Pelawat
*64. (1) Menteri hendaklah, bagi tiap-tiap dua tahun, melantik bagi setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan suatu Lembaga yang dikenali
Lembaga Hakim Pelawat yang baginya mana-mana Majistret kanan setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan hendaklah menjadi anggota ex officio.
Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota
Lembaga Hakim Pelawat.