Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian V · Pekerjaan dan Tatatertib Penjara
48. Skim bagi banduan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan
Feedback & supportBagi maksud membolehkan banduan, selain banduan yang disebut dalam seksyen 49, untuk mengambil pekerjaan yang menguntungkan semasa mereka sedang menjalani hukuman mereka,
Menteri boleh memperkenalkan sesuatu skim dan banduan itu boleh atas pilihan mereka sendiri mengambil bahagian dalam skim itu.
Seseorang banduan yang mengambil pekerjaan di bawah skim yang disebut dalam subseksyen (1)—
boleh, walau apa pun perintah yang dibuat oleh sesuatu mahkamah bagi pengkomitan banduan itu, dibawa ke luar batasan penjara setiap hari untuk melaksanakan kerja; dan
hendaklah, pada setiap masa disifatkan berada dalam penjara dan tertakluk pada semua keadaan yang sama seolah-olah dia sebenarnya berada dalam penjara.