Skip to content
In forceUpdated to 12 Dec 2025Read it in English

Bahagian VII · Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

61. Penggunaan Kumpulan Wang

Feedback & support

Tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud—

(a)

menghadiahkan pegawai penjara bagi tindakan daya usaha dan keazaman yang cemerlang atau bagi kemahiran dalam melaksanakan apa-apa tugas jabatan yang menghendaki kebijaksanaan atau kebolehan;

(b)

menghadiahkan pegawai penjara bagi apa-apa tindakan keberanian yang patut dipuji yang kerananya nyawa telah diselamatkan atau harta telah terpelihara daripada kerugian atau kebinasaan;

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(c)

mendapatkan keselesaan, kemudahan dan faedah lain, yang tidak boleh dikenakan kepada hasil awam, bagi pegawai penjara, bekas pegawai penjara yang telah bersara secara pencen, ganjaran atau elaun atau orang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya bergantung kepada pegawai penjara yang telah meninggal dunia atau bekas pegawai penjara pada masa kematiannya; dan

(d)

menghadiahkan mana-mana orang yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa bagi apa-apa tindakan keberanian yang cemerlang yang kerananya nyawa telah diselamatkan atau harta telah terpelihara daripada kerugian atau kebinasaan.

Report

Bahagian VIII

Bab

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Schedules