24. Penggantian seksyen 21
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:
s 21“Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja di bawah seksyen 4a hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593], berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan kuasa itu.”.