Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017

Feedback & supportAmends the Private Employment Agencies Act 1981

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

s 3Pindaan seksyen 3

Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

s 4Penggantian seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:

s 4“Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah

s 5Seksyen baharu 4a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4

seksyen yang berikut:

“Pewakilan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah 4a.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa had sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, pegawai tenaga kerja boleh menjalankan semua fungsi dan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini dan tiap-tiap fungsi dan kuasa yang dijalankan hendaklah disifatkan telah dijalankan bagi maksud Akta ini.

s 6Pemotongan seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 5.

s 7Penggantian seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:

s 6“Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Kerajaan,

Menteri, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.”.

s 8Penggantian seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut:

s 7“Kehendak bagi lesen

s 9Section 9

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:

“(1)  Pemohon bagi lesen di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan permohonan yang dibuat mengikut kategori

Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)

9

lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada

Ketua Pengarah dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

s 10Penggantian seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:

s 9“Pematuhan syarat yang dikenakan bagi permohonan lesen

s 11Seksyen baharu 9a dan 9b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9

seksyen yang berikut:

“Pemberian atau penolakan pemberian lesen 9a.  (1)  Apabila menerima dan setelah mempertimbangkan permohonan bagi lesen di bawah seksyen 8, Ketua Pengarah boleh memberikan lesen atau menolak pemberian lesen.

s 12Penggantian seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut:

s 10“Tempoh lesen

Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah seksyen 9a atau diperbaharui di bawah perenggan 11(2)(a), melainkan jika lesen itu digantung atau dibatalkan, hendaklah sah bagi tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh—

s 13Pindaan seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:

“(1)  Permohonan untuk membaharui lesen hendaklah dikemukakan oleh pemohon kepada Ketua Pengarah berserta dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Undang-Undang Malaysia 12

Pertama sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum habis tempoh lesen dan hendaklah mengikut bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

s 14Seksyen baharu 11a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11

seksyen yang berikut:

“Penggantungan atau pembatalan lesen 11a.  (1)  Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis kepada agensi pekerjaan swasta dan tanpa apa-apa pampasan, menggantung atau membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini jika dia berpuas hati bahawa agensi pekerjaan swasta itu—

s 15Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

s 16Seksyen baharu 13a, 13b, 13c, 13d, 13e, 13f dan 13g

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 13

seksyen yang berikut:

“Penggantian lesen 13a.  (1)  Jika lesen bagi suatu agensi pekerjaan swasta hilang, musnah atau rosak, agensi pekerjaan swasta hendaklah memohon salinan lesen daripada Ketua Pengarah dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

s 17Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

s 18Seksyen baharu 14a, 14b, 14c, 14d, 14e dan 14f

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14

seksyen yang berikut:

“Fi pendaftaran 14a.  Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama kepada mana-mana pencari kerja bagi semua kategori pekerjaan di dalam atau di luar Malaysia selepas pendaftaran pencari kerja dengan agensi pekerjaan swasta.

Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)

21

Fi penempatan 14b.  (1)  Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi penempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama kepada mana-mana pencari kerja atau pekerja bukan warganegara setelah penerimaan tawaran pekerjaan oleh mereka.

Schedules