18. Seksyen baharu 14a, 14b, 14c, 14d, 14e dan 14f
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14
seksyen yang berikut:
“Fi pendaftaran 14a. Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama kepada mana-mana pencari kerja bagi semua kategori pekerjaan di dalam atau di luar Malaysia selepas pendaftaran pencari kerja dengan agensi pekerjaan swasta.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
21
Fi penempatan 14b. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi penempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama kepada mana-mana pencari kerja atau pekerja bukan warganegara setelah penerimaan tawaran pekerjaan oleh mereka.