Seksyen 10
of Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007
Seksyen 10
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 12, Lembaga boleh dari semasa ke semasa melantik dan mengambil khidmat mana-mana pegawai dan pekhidmat atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga bagi
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
melaksanakan maksud Akta ini dan menjalankan kawalan tatatertib terhadap pegawai dan pekhidmat itu.
(2)
Lembaga boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota
Lembaga, anggota jawatankuasa atau pegawai, yang terdiri daripada anggota atau pegawai itu atau kedua-dua anggota dan pegawai itu, yang dilantik oleh Lembaga, mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan anggota Lembaga, anggota jawatankuasa atau pegawai itu hendaklah menjalankan kuasa itu di bawah arahan dan kawalan Lembaga.
(3)
Pegawai dan pekhidmat
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan) hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan termasuk faedah persaraan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga.
(4)
Lembaga boleh, melalui surat cara di bawah meterainya, melantik mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia untuk menjadi wakil atau ejen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa kuasa sebagaimana yang disifatkan patut oleh Lembaga untuk diberikan melalui surat cara itu.