Retirement Fund Act 2007 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian II · Kumpulan Wang Pesaraan (Diperbadankan)
3. Penubuhan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan dengan nama Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadanan) ditubuhkan.
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan), atas apa-apa terma yang disifatkannya patut, boleh—
membuat kontrak; dan
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hak
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
milik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Fungsi dan kuasa Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)