Skip to content

Seksyen 18

of Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007

ActIn forceProvision 19 of 31

Seksyen 18

(1)

Jika apa-apa hutang atau liabiliti Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan) tidak boleh dijelaskan oleh Kumpulan Wang, hutang atau liabiliti itu hendaklah dipertanggungkan pada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan.

(2)

Apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen (1) hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan dibayar balik oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga pembayaran balik itu telah dibuat, apa-apa jumlah wang yang belum dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan terjamin oleh gadaian pertama atas aset Kumpulan Wang.