Skip to content

Seksyen 15

Wang tak dituntut

of Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007

ActIn forceProvision 16 of 31
Seksyen 15
(1)

Tertakluk kepada pengecualian yang dibuat di bawah seksyen 18 Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370], segala wang yang tak dituntut yang dipegang oleh Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan) hendaklah dimasukkan ke dalam suatu daftar yang disimpan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

(2)

Walau apa pun undang-undang yang berlawanan, segala wang yang tak dituntut hendaklah dipegang di bawah Kumpulan Wang sehingga wang itu dibayar kepada orang yang berhak kepadanya, yang, berkenaan dengan seseorang individu, waris, wasi, wakil persendirian, pentadbir, penyerah hak, wakil yang sah atau ejen individu itu.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980