Skip to content

Seksyen 17

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972

ActIn forceProvision 37 of 77
Seksyen 17
(1)

Perbelanjaan Pihak Berkuasa setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum 1 Jun setiap tahun, Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Disember tahun itu, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(4)

Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.