Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 · Updated to 1 Nov 2016 · Bahagian II · Penubuhan Pihak Berkuasa
3. Pihak Berkuasa dan objektifnya
Feedback & supportSuatu pertubuhan yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ditubuhkan.
Pihak Berkuasa itu hendaklah suatu pertubuhan perbadanan dan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
Objektif Pihak Berkuasa adalah—
untuk menggalakkan penanaman semula dan penanaman baru tumbuhan getah dalam sektor pekebun kecil;
untuk membangunkan dan menggalakkan industri getah di kalangan sektor pekebun kecil;
untuk mengawal selia industri getah dalam sektor pekebun kecil kecuali penyelidikan ke atas getah; dan
untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran teratur sektor pekebun kecil.
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.