Skip to content

Seksyen 48

of Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972

ActIn forceProvision 68 of 77

Seksyen 48

(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain yang diperoleh di bawah Akta ini boleh menzahirkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.