Skip to content

Seksyen 160

of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 20 of 21

Seksyen 160

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—

(a)

Suruhanjaya;

(b)

mana-mana orang yang merupakan atau pernah menjadi—

(i)

seorang anggota Lembaga, Majlis Penasihat

Syariah, Lembaga Pemantauan Audit, Dana

Pembangunan Pasaran Modal atau Perbadanan

Dana Pampasan Pasaran Modal, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya,

Majlis Penasihat Syariah, Lembaga Pemantauan

Audit, Dana Pembangunan Pasaran Modal atau

Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal;

atau

(ii)

seorang pegawai Suruhanjaya; atau

(c)

mana-mana orang yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 145, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat, ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat oleh orang yang ditentukan dalam perenggan (a), (b) atau (c), dalam melaksanakan fungsi mereka, dalam melaksanakan undang-undang sekuriti atau dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan, sama ada secara nyata atau tersirat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang sekuriti:

Dengan syarat bahawa apa-apa perbuatan, pernyataan, pelaksanaan fungsi atau penjalanan kuasa itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta A1489

Seksyen baru 160a