Seksyen 59
Penggantian seksyen 151a
of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 151a dengan seksyen yang berikut:
“Peruntukan keterangan 151a. Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil, apa-apa—
(a)
pernyataan yang berupa ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana orang lain yang kuasa telah diwakilkan kepadanya di bawah seksyen 17, yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada mana-mana surat, daftar, rekod atau dokumen, dengan apa jua cara dinyatakan, diperihalkan atau digambarkan; atau
(b)
minit mesyuarat yang dibuat oleh Lembaga, Lembaga
Pemantauan Audit, atau mana-mana jawatankuasa
Lembaga atau Lembaga Pemantauan Audit, sekiranya ditandatangani, boleh diterima sebagai keterangan prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.”.
Pindaan seksyen 152a.