Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2015Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

28. Perlindungan pemberi maklumat

Feedback & support
(1)

Tiada aduan oleh pemberi maklumat tentang kesalahan keselamatan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah, dan tiada saksi boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

alamat mana-mana pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.

(2)

Jika mana-mana buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan semua petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.

Report