Seksyen 4
of Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
Seksyen 4
(1)
Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.
(2)
Seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh alasan dia ditangkap oleh pegawai polis yang membuat tangkapan itu.
(3)
Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.
(4)
Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen (1) itu boleh ditahan untuk tempoh selama dua puluh empat jam bagi maksud penyiasatan.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), seorang pegawai polis yang berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 747
Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada dua puluh lapan hari, bagi maksud penyiasatan.
(6)
Jika pegawai polis itu berpendapat bahawa tahanan lanjut tidak diperlukan di bawah subseksyen (5), orang itu boleh dilepaskan tetapi suatu peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada orang itu mengikut subseksyen (7) dan (8) bagi maksud penyiasatan.
(7)
Jika pegawai polis itu bercadang untuk memasang suatu peranti pengawasan elektronik kepada orang itu apabila orang itu dilepaskan, pegawai polis itu hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai penyiasatan itu kepada Pendakwa Raya.
(8)
Apabila laporan di bawah subseksyen (7) diterima, Pendakwa
Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya orang itu dipasangkan dengan peranti pengawasan elektronik mengikut peruntukan dalam
Bahagian III bagi suatu tempoh yang tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan di bawah subseksyen (5).
MISALAN
D telah ditahan untuk kesalahan keselamatan. Selepas tahanan selama dua puluh empat jam seorang Penguasa Polis melanjutkan tahanannya selama tujuh hari lagi. Apabila habis tempoh tujuh hari D telah dilepaskan tetapi dia masih diperlukan untuk membantu penyiasatan. Apabila laporan oleh pegawai polis diterima,
Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya suatu peranti pengawasan elektronik dipasang pada D. Mahkamah boleh membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada D sehingga tempoh dua puluh satu hari.
(9)
Satu minggu sebelum habis tempoh tahanan di bawah subseksyen (5), pegawai polis yang menjalankan penyiasatan itu hendaklah mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya.
(10)
Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun jua yang berlawanan dengan Perkara 5 dan 9 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(11)
Subseksyen (5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
(12)
Bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau aktiviti politik” ertinya penglibatan dalam aktiviti yang sah di sisi undang-undang melalui—
(a)
pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui—
(i)
keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu;
atau
(ii)
penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu;
(b)
pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana
Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c)
pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan.