Seksyen 27
of Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
Seksyen 27
(1)
Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen boleh merekodkan apa-apa pernyataan atau pengakuan salah yang dibuat kepadanya pada bila-bila masa sebelum permulaan perbicaraan.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
(2)
Pernyataan atau pengakuan salah itu hendaklah direkodkan sepenuhnya secara bertulis oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya pernyataan atau pengakuan salah itu dibuat dan hendaklah kemudiannya dikemukakan kepada mahkamah yang di hadapannya kes itu akan dibicarakan.
(3)
Tiada Hakim Mahkamah Sesyen boleh merekodkan apa-apa pernyataan atau pengakuan salah melainkan jika, apabila menyoal orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah itu, dia berpuas hati bahawa pernyataan atau pengakuan salah itu telah dibuat tanpa ugutan, dorongan atau janji pada masa itu.
(4)
Apabila Hakim Mahkamah Sesyen merekodkan apa-apa pengakuan salah dia hendaklah membuat suatu memorandum di kaki rekod itu seperti yang berikut:
“Saya berpuas hati bahawa pengakuan salah ini telah dibuat tanpa ugutan, dorongan atau janji. Pengakuan salah itu telah dibuat dalam kehadiran dan pendengaran saya dan telah dibacakan semula kepada orang yang membuatnya dan diakui oleh orang itu sebagai betul dan pengakuan salah itu mengandungi kenyataan yang lengkap dan benar mengenai apa yang dikatakannya.
(Ditandatangani) A.B.
Hakim Mahkamah Sesyen.”.
(5)
Sumpah atau ikrar hendaklah diangkat atau dibuat oleh mana-mana orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah di bawah seksyen ini.