Skip to content

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012

ActIn forceProvision 3 of 34
Seksyen 3

“kesalahan keselamatan” ertinya kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;

“maklumat sensitif” ertinya apa-apa dokumen, maklumat dan bahan—

(a)

yang berhubungan dengan

Jemaah

Menteri, jawatankuasa Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri; atau

(b)

yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa,

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

9

sama ada atau tidak dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”,

“Sulit” atau “Terhad” oleh seorang menteri, Menteri Besar atau Ketua

Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh seorang menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Negeri;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

“saksi yang dilindungi” ertinya seorang saksi yang pendedahannya akan menjejaskan pengumpulan keterangan atau risikan atau membahayakan nyawa dan keselamatan dirinya.