Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2015Read it in English

Bahagian II · Kuasa Khas bagi Kesalahan Keselamatan

5. Pemberitahuan kepada waris kadim dan rundingan dengan pengamal undang-undang

Feedback & support
(1)

Apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen 4, pegawai polis yang menjalankan penyiasatan hendaklah—

(a)

dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu; dan

(b)

tertakluk kepada subseksyen (2), membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

(2)

Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Penguasa Polis boleh membenarkan penangguhan tidak lebih daripada empat puluh lapan jam untuk rundingan di bawah perenggan (1)(b) jika pegawai polis itu berpendapat bahawa—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 747

(a)

terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa penggunaan hak itu akan mengganggu keterangan yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan;

(b)

ia akan menyebabkan kecederaan kepada orang lain;

(c)

ia akan menyebabkan amaran diberikan kepada orang lain yang disyaki melakukan kesalahan itu tetapi masih belum ditangkap; atau

(d)

ia akan menghalang harta yang diperoleh akibat kesalahan itu daripada didapatkan.

(3)

Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Report

Bahagian III

Tatacara Khas yang Berhubungan Dengan Peranti Pengawasan Elektronik

Bahagian IV

Tatacara Khas yang Berhubungan Dengan Maklumat Sensitif

Bahagian V

Perbicaraan

Bahagian VII

Keterangan

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules