Seksyen 11
Pendaftaran dan caruman
of Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
Tiap-tiap orang bekerja sendiri hendaklah mendaftar dengan dan membayar caruman kepada Pertubuhan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan bagi tiap-tiap aktiviti pekerjaan sendiri yang dijalankan olehnya.
(2)
Tiap-tiap orang bekerja sendiri hendaklah membayar caruman terlebih dahulu pada kadar sebagaimana yang ditetapkan mengikut kadar caruman yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Semua caruman yang dibayar di bawah seksyen ini tidak boleh dibayar balik.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.