Skip to content

Seksyen 14

of Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017

ActIn forceProvision 14 of 19

Seksyen 14

(1)

Pertubuhan boleh, berdasarkan apa-apa maklumat atau keterangan yang ada pada Pertubuhan, menentukan sama ada apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang yang baginya Akta ini terpakai tergolong dalam pengertian aktiviti pekerjaan sendiri di bawah Akta ini.

(2)

Semua tuntutan bagi faedah hendaklah berhubung dengan bencana pekerjaan sendiri yang dialami dalam tempoh pelindungan dan Pertubuhan boleh menentukan sama ada tuntutan itu dibuat bagi bencana pekerjaan sendiri yang dialami dalam tempoh pelindungan dan menolak tuntutan itu sekiranya bencana pekerjaan sendiri itu bukan dalam tempoh pelindungan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Pertubuhan hendaklah menolak semua tuntutan bagi faedah sekiranya—

(a)

dalam hal kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang berlaku pada orang berinsurans bekerja sendiri, tujuh puluh dua bulan telah luput berkuat kuasa mulai tarikh kemalangan itu; atau 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 789

(b)

dalam hal penyakit atau kecederaan disebabkan oleh penyakit pekerjaan yang berlaku pada orang berinsurans bekerja sendiri, tujuh puluh dua bulan telah luput berkuat kuasa mulai tarikh penyakit atau kecederaan itu yang disahkan oleh pegawai perubatan kepadanya.