Skip to content

Seksyen 12

Kuasa untuk melantik ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri

of Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017

ActIn forceProvision 12 of 19
Seksyen 12
(1)

Pertubuhan boleh melantik apa-apa bilangan ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri tertakluk pada apa-apa terma dan syarat untuk memungut dan menerima bayaran caruman bagi pihak

Pertubuhan.

(2)

Ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat

Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 19

dilaksanakan, memaklumkan Pertubuhan waktu dan tarikh sebenar bayaran caruman dibuat oleh orang berinsurans bekerja sendiri.

(3)

Mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.