Skip to content

Seksyen 16

Penyakit pekerjaan

of Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017

ActIn forceProvision 16 of 19
Seksyen 16
(1)

Sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri yang terlibat secara langsung dalam apa-apa pekerjaan atau industri yang dinyatakan dalam Jadual Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial

Pekerja 1969 mendapat apa-apa penyakit atau kecederaan yang dinyatakan dalam Jadual itu, atau sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri mendapat penyakit atau kecederaan itu dalam tujuh puluh dua bulan selepas berhenti bekerja sendiri, penyakit atau kecederaan yang didapati itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai bencana pekerjaan sendiri.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tempoh tujuh puluh dua bulan itu boleh, mengikut budi bicara Pertubuhan, dilanjutkan apabila keterangan perubatan dan keterangan sokongan lain yang berkaitan dikemukakan.

(3)

Jika orang berinsurans bekerja sendiri terlibat secara langsung dalam apa-apa pekerjaan atau industri yang dinyatakan dalam Jadual

Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dia hendaklah, sekiranya diminta oleh Pertubuhan, membolehkan dirinya untuk

Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 21

diperiksa oleh seorang pegawai perubatan yang dilantik dengan sewajarnya, sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Tiada faedah boleh dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri berkenaan dengan apa-apa penyakit atau kecederaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial

Pekerja 1969 melainkan jika penyakit atau kecederaan itu boleh dikaitkan secara langsung dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.