Skip to content

Seksyen 17

Faedah hilang upaya sementara

of Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017

ActIn forceProvision 17 of 19
Seksyen 17
(1)

Tertakluk pada Akta ini dan sebagaimana yang ditetapkan, orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya sementara berhak kepada bayaran berkala bagi tempoh hilang upaya itu mengikut Jadual Kedua.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), tiada faedah hilang upaya sementara boleh dibayar melainkan jika hilang upaya sementara itu terus berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangan.

(3)

Orang berinsurans bekerja sendiri tidak berhak kepada faedah hilang upaya sementara berkenaan dengan mana-mana hari yang dia menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri di bawah Akta ini.