Seksyen 18
Faedah hilang upaya kekal
of Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
Tertakluk pada Akta ini dan sebagaimana yang ditetapkan, orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya kekal, sama ada langsung atau separa, berhak kepada bayaran berkala bagi hilang upaya itu mengikut Jadual Kedua.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), jika hilang upaya kekal, sama ada langsung atau separa, telah ditaksir secara sementara bagi suatu tempoh terhad atau secara muktamad, faedah itu hendaklah boleh dibayar bagi tempoh terhad itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi seumur hidup.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 789
(3)
Bagi maksud subseksyen (1)―
(a)
tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual
Kedua kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, atau daripada mana-mana gabungan bencana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua kepada Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969, jika jumlah peratusan kehilangan upaya mencari nafkah sebagaimana yang dinyatakan dalam