Skip to content

Seksyen 10

Kadar cukai perkhidmatan

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 11 of 124
Seksyen 10
(1)

Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan mengikut subseksyen (2) ke atas perkhidmatan bercukai dengan merujuk kepada nilai perkhidmatan bercukai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 9.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

menetapkan kadar cukai perkhidmatan yang hendak dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini; dan

(b)

mengubah atau meminda kadar cukai perkhidmatan yang ditetapkan di bawah perenggan (a).

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(4)

(Dipotong oleh Akta 851).

(5)

(Dipotong oleh Akta 851).

Cukai Perkhidmatan 23

(6)

(Dipotong oleh Akta 851).