Skip to content

Seksyen 21

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 23 of 124

Seksyen 21

(1)

Tiap-tiap orang berdaftar yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai hendaklah, dalam masa satu tahun daripada tarikh perkhidmatan bercukai diberikan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, mengeluarkan suatu invois yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris kepada pelanggan berkenaan dengan transaksi itu.

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh orang berdaftar dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan supaya invois tidak dikeluarkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa adalah tidak wajar orang berdaftar itu mengeluarkan invois.

(2)

Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai cukai perkhidmatan boleh dikeluarkan atas pemberian perkhidmatan—

(a)

yang bukan perkhidmatan bercukai; atau

Cukai Perkhidmatan 39

(b)

oleh seseorang yang bukan orang berdaftar.

(3)

Amaun cukai perkhidmatan yang kena dibayar hendaklah dipungut oleh orang berdaftar daripada pelanggan sebagai tambahan kepada nilai dan apa-apa amaun lain yang terhutang dan kena dibayar oleh pelanggan itu berkenaan dengan perkhidmatan bercukai itu.

(3A)

Walau apa pun subseksyen (3), jika pembayaran bagi perkhidmatan bercukai dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, amaun pembayaran itu hendaklah termasuk amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.