Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

3. Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan cukai perkhidmatan, tertakluk pada arahan dan kawalan Menteri.

(2)

Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan di bawah seksyen 6, 40, 41 dan 90.

(3)

Mana-mana orang, selain seorang pegawai cukai perkhidmatan boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua

Pengarah bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang

Cukai Perkhidmatan 17

berhubungan dengan cukai perkhidmatan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai perkhidmatan bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.

(4)

Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bukan pegawai kanan cukai perkhidmatan semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.

(5)

Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.

Report

Bahagian III

Pengenaan dan Skop Cukai Perkhidmatan

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Pengecualian, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VII

Ketetapan

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan