Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

5. Pengiktirafan jawatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai cukai perkhidmatan apabila menunaikan kewajipannya hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana orang, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang itu kad kuasa atau lencana yang ditetapkan di bawah seksyen 8A

Akta Kastam 1967 atau dalam hal mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bukan pegawai kastam, apa-apa kad kuasa lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu

18

Undang-Undang Malaysia enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta oleh orang itu.

(3)

Mana-mana orang, yang bukan seorang pegawai cukai perkhidmatan, yang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan dengan cara yang menyalahi undang-undang, selain semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—

(a)

apa-apa pakaian seragam yang ditetapkan di bawah seksyen 8A Akta Kastam 1967 atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti, atau yang mengandungi tanda tersendiri yang terdapat pada, pakaian seragam itu; atau

(b)

apa-apa kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, atau kad kuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang disebut dalam subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian III

Pengenaan dan Skop Cukai Perkhidmatan

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Pengecualian, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VII

Ketetapan

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan